.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,


♥ Asalnya Kalimah Zikir ♥

Ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan Arsy dan memerintahkan malaikat memikulnya , lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat . Kemudian , Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyuruh malaikat mengucapkan ‘Subhanallah’ . Sebaik saja malaikat menyebutnya maka Arsy yang berat itu menjadi ringan . Lantas para malaikat membaca zikir ‘Subhanallah’ itu selama-lamanya .

Berkata Ibnu Abbas r.a “Apabila Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan Adam as maka yang pertama keluar dari mulut Adam as ialah bersin . Lalu Allah mengilhamkan kepada Adam as untuk menyebut ‘Alhamdulillah’ . Sebaik saja Adam AS menyebut ‘Alhamdulillah’ , lalu Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjawab ‘Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau) . Kemudian para malaikat menggabungkan dua kalimah itu menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah.”

Para malaikat membaca kalimah itu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Nuh a.s. Disebabkan kaum Nabi Nuh a.s merupakan kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s supaya menyuruh kaumnya mengucapkan ‘Laa illahillallah’ bagi mendapatkan keredhaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala . Lalu berkata para malaikat , “Inilah kalimat ketiga yang besar dan baik dan tidak boleh kami abaikan .” Maka para malaikat pun mencantum kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah . Walaa ilaha illallah.’

Para malaikat mengamalkan kalimah itu sehinggalah terutusnya Nabi Ibrahim a.s . Setelah terutusnya Nabi Ibrahim a.s,  Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim a.s menjalankan korban anaknya yang mana akhirnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menebus anaknya dengan seekor kambing . Apabila Nabi Ibrahim a.s melihat anaknya diselamatkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim a.s melafazkan ‘Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira di atas nikmat yang dikurnia oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepadanya .

Para malaikat pun berkata, “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar” . Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi :
 ‘Subhanallah Walhamdulillah , Walaa ilaha illallah , Wallahu Akbar ..’

Ketika malaikat Jibril a.s menceritakan kisah ini kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam , baginda merasa kagum dan terus melafazkan ‘Laa haula wala quwwata illa billahil aliyil ahzim.’ Kemudian Jibril a.s berkata , ‘Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi satu yakni…

Subhanallah walhamdulillah , walaa illaaha illallah wallahu akbar ,
La haula wala quwwata illa billahil aliyil ahzim .’

Maka , amalkan lah selalu ..
moga Allah Subhanahu Wa Ta'ala bersama kita dalam apa jua yang kita lakukan , 
insya Allah !

Moga bermanfaat ..

ALL PRAISE BE TO
█▀█ █ █ █▀█ █▄█
█▀█ █ █ █▀█ █▀█
THE ALMIGHTY



#dengan mengingati Allah (zikir) , hati akan menjadi tenang :)

0 comments:

Catat Ulasan