.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,


Mulakan pagi anda dengan bacaan ini..


بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ



Maksudnya: ‘Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan
nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui’


Bacalah bacaan ini setiap pagi dan petang sebanyak TIGA kali.

Nescaya Nabi menyatakan TIADA sesuatu perkara dapat memudaratkannya.


(Dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Hasan Li Ghayrihi)


***************

Suatu ketika , mimi akui ..
mimi juga pernah terima 1 ugutan santau dari seorang hamba Allah tu ..
dia tunjukkan satu persatu gambar mimi , mi tak tahu dia dapat dari mana .
yang penting , mimi sangat terkejut masa tu .

yelah , orang itu bukanlah "seseorang" yang mimi kenal .
mimi langsung tak kenal dia . jadi , mana mungkin ..
dia dapat semua gambar-gambar mimi semudah itu .

mimi ada meminta nasihat dari seorang ustaz juga seorang imam
sekitar Kulaijaya ni . Alhamdulillah , ustaz tu siap bagi mimi ayat di atas .
ustaz tu suruh mimi sentiasa baca ayat tu sebanyak yang boleh .

setakat ini ..
Alhamdulillah , segala gangguan dapat ditepis dengan izin-Nya .
hebat sungguh khasiat ayat ni . Subhanallah ~



#"La haula wala quwwata illabillah"
"Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan ALLAH"

0 comments:

Catat Ulasan