.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,


ada sesuatu yang mimi nak share dengan anda semua .
mimi dapat artikel ni dari Persatuan Bangsa Johor

MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?




1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za (saya eja macam nie, kalau eja betul2 fb akan padam, diorang duduk beratus batu tapi senang saja nak control kita di msia), apa sebenar
nya intention pihak zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za sahaja. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah-pecah? Mengapa pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadi kesimpulan ringkas yagn diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, memang sekejap sahaja is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita.. tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat-tempat di mana ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah-rumah, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat paleystin?

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina macam fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Saya juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, memang IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Siapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, hatta minyak bayi pun pakai Johnson & Johnson.

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa-apa, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, macam mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Habis kita makan apa nie?

8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul-betul berperang dgn musuh, kita di sini berperang dengan melihat mempertikaikan kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa-apa pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.. Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara-saudara kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu..haishhhhh

9. Biarlah kawan-kawan kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang-kurangnya masing-masing cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sebaba tue kalau tengok di tv, ada orang-orang muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, orang dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tapi semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana-mana kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yang nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yang tok sidang punya geng tak ngam dengan Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2.. alahai..

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa-doa umat islam di seluruh dunia, kita di masjid-masjid time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat-rakyat paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sebagai alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang-kurangnya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari-hari post pasal kelebihan solat dhuha, tiap-tiap waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

13. Tidurlah awal, agar kita dapat berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.


#sebar-sebarkan , untuk kesedaran seluruh umat Islam ~
Allahu Rabbi :'(




.. yang menaip entry ni ,
.. Dear Sahabat ,


Ya Allah,  Ya Rahman , Ya Karim , Ya Mukmin ,
Ya Jabar , Ya Amin ..
Kau lindungilah saudara Islam ku di bumi Gaza , Palestin ..
Bantulah mereka , permudahkanlah untuk mereka ..
Tiada daya dan upaya melainkan dengan Izin-Mu , wahai Tuhan Yang Maha Pengasih ..
Allahumma Ameen ♥♥

apa yang ISRAEL takut kan pada ISLAM ??

ketika rombongan Syeikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentera Israel dari luar melihat ke arah dalam Masjid~ setelah melihat sebentar, lalu tentera Israel itu langsung pergi~ maka Syeikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentera Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan ~

"..saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid.." kata tentera Israel itu~ Syeikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya "..kenapa~?.." dia pun menjawab "..di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis.." Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat SUBUH BERJEMAAH di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumaat, maka saat itu ISRAEL akan HANCUR~.." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit~ maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak akan dapat kalahkan kami.."



 


#sama² kita renungkan ~ wallahua'lam ..



.. yang menaip entry ni ,
.. Dear Sahabat ,

Firman Allah swt dalam Surah At-Taubah ayat 36 yang maksud ;
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan
sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan
bumi . Di antaranya ada empat bulan haram . Itulah (ketetapan)
agama yang lurus , maka janganlah kamu menganiaya diri kamu
dalam bulan yang empat itu .”

Nabi SAW bersabda ; “Waktu itu telah berputar sebagaimana
biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi . Satu tahun ada
12 bulan, di antaranya empat bulan haram . tiga bulan berturut
turut iaitu ; Zulkaedah , Zulhijah , Muharam , dan satu lagi ialah
Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban .”
| Hadis Riwayat : al-Bukhari |

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam .

Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru .
Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram
dan juga dipanggil awal Muharram .

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya

peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah .
Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai
tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam .

Tetapi , peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. bukan berlaku

dalam bulan Muharram . Pengkaji sejarah yang masyhur
mengatakan hijrah tersebut berlaku pada bulan Safar .

Sabda Nabi SAW ; “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari .”

| Hadis Riwayat : Muslim |

◕ Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunat .


Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas , puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam . Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum . Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan .


‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata ; “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”


Orang-orang menjawab ; “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.


Nabi SAW pun berkata ; “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.


Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.”

| Hadis Riwayat : al-Bukhari |

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.


Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”


Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.”

| Hadis Riwayat : Muslim |

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.


Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.”

| Hadis Riwayat : Muslim |

✔ Selamat menyambut tahun baru ツ

✔ Selamat menambah amal .
✔ Moga Allah memberkati kita ~ Allahumma Ameen .




#semoga bermanfaat ♥




.. yang menaip entry ni ,
.. Dear Sahabat ,

❀ .. Aku Mahu Berubah Menjadi Yang Lebih Baik .. ❀

Dahulu ..
Aku kurang baik ..
kini aku ingin jadi lebih baik ..

Semalam ..
Aku penuh berdosa ..
hari ini , aku berusaha mencari pahala ..

Dalam doa ku mohon keampunan ..
Dalam niat ku inginkan perubahan ..
Bantulah hamba-Mu ini , Ya Allah ~

Sekeras keras batu boleh menjadi lekuk dengan titisan air ,
Sekeras-keras hati boleh menjadi lembut dengan doa =)

✿ Jika kita ingin BERHIJRAH ke jalan Allah ,
Allah pasti akan mengirimkan hamba-hambaNya
yang soleh untuk mendampingi kita di dalam penghijrahan itu .

Itu tanda Allah sayangkan hamba-Nya ~





#Tabarakallah ,
semoga Allah permudahkan ツ



.. yang menaip entry ni ,
.. Dear Sahabat ,


Biodata Rasulullah s.a.w.

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.


#Malu rasanya mengatakan cinta ,
Kepada Dia kekasih Allah ,
Kerana Dia Insan Mulia ,
Sedangkan diriku insan biasa


.. yang menaip entry ni ,