.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat,




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu."
- Hadis Riwayat : At-Tirmidzi -


Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang
tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan
sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau),
biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana
bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

Antara hikmah ibadah Qurban :

::Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut
perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

::Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya
yang melimpah-ruah.

::Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

::Menambah amal kebajikan.

::Sebagai penebus dosa.

::Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

 
Hidup ini untuk memberi.
Memberi dan terus memberi.
Sebagai bekalan diakhirat nanti.
Allahu Rabbi ~

#belajar dan terus belajar :)
.. Dear Sahabat,

Salam Nuzul Quran buat semua sahabat.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ 
 تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ.
 (الإمام مالك) 
 Dari Abu Hurairah R.A, Baginda SAW bersabda, maksudnya :
"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnahku."
 (Imam Malik)

#jadikan Al-Quran dan Sunnah itu pendamping hidup :)
.. Dear Sahabat,


Syarat-syarat untuk menjadi ahli Briged Al-Qassam :   

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Rasa terharu dengan kesungguhan mereka.
Moga Allah membantu dan seterusnya memenangkan Islam.
Aamiin, in shaa Allah :)


 #Allahumman shur ikhwaninal muslimina fi gaza wa syria.
.. Dear Sahabat,



 Negeri itu amannya tidak lama.
Untuk beberapa ketika ianya sunyi daripada perkhabaran ngeri.
Hari ini ia kembali lebat dihujani peluru diiringi ledakan bom tanpa henti.

Tubuh-tubuh tidak berdosa itu semakin galak menjadi hidangan mereka.
Berkecai!

Hey, pencabul!

Jiwa-jiwa suci yang kau tebas, beribu umat akan bangkit membalas.
Mereka umat bermaruah. Akan terus mara menjadi "Asadullah"!

Engkau sangka engkau berani.
Hakikatnya hati engkau penuh dengan ketakutan dan kebimbangan yang nyata!

Disana punya jiwa yang setia pada janji Allah.
Hidup mulia atau mati syahid.
 
~~~~~~

Hei, zionis laknatullah!
Jangan kau fikir, dengan membunuh ramai umat Islam kau dah menang.

Kau tak kan mampu mematahkan semangat jihad mereka,
keimanan mereka, ketaqwaan mereka, pegangan mereka kepada Allah..

Kau membunuh tanpa perikemanusiaan,
Jangan ingat kau dah menang.

Kau tidak akan pernah menang!!!
Sama sekali tidak kerana itu janji Allah.
Bukan sahaja di dunia bahkan diakhirat.

Kerana kami umat Islam, umat Muhammad ..
Kami syahid didunia dan kami beroleh syurga diakhirat.
 
Ya, seluruh umat Islam sentiasa bersama kami dan mendoakan kami.
Kami akan sentiasa menang ..
Kerana Allah sentiasa bersama kami.

Walaupun kalian membunuh jasad kami,
Namun kalian tak kan mampu membunuh seluruh jiwa kami.
Kerana kami ada Allah.

Allahuakbar .. Allahuakbar .. Allahuakbar ..



Moga Allah membantu kalian semua, saudaraku :'(
Yang pastinya, Islam itu akan menang.
Bukan aku yang kata, tapi Allah dan Rasul-Nya yang kata.


#keep praying for Gaza.
.. Dear Sahabat,

10 Orang Sahabat Yang Dijanjikan Masuk Syurga :

1. Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
- Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

2. Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a.
- Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
- Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
- Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
- Shahid Yang Hidup

6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
- Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
- Orang Yang Berniaga Dengan Allah

8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
- Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
- Orang Kepercayaan Ummat

10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
- Adik Ipar Saiyyidina Umar r.a Yang Dermawan.




#seronok study sirah (:
.. Dear Sahabat,

Hari kiamat, NABI MUHAMMAD SAW adalah orang pertama yang masuk Syurga,
tetapi kerana sifat sayang baginda kepada umatnya,
Baginda menunggu umatnya di pintu Syurga dan berdoa kepada
ALLAH supaya melindungi umatnya.

Sehinggakan apabila ada umat Nabi MUHAMMAD yang
SAMA BERAT TIMBANGAN PAHALA DAN DOSANYA di Neraca ALLAH,
lalu Nabi MUHAMMAD mengambil serban Baginda,
dan diletakkan serban di atas timbangan sebelah kanan iaitu
bahagian timbangan pahala orang itu, lalu Neraca ALLAH
condong sebelah kanan (pahala) dan malaikat berkata kepada orang itu,
"masuklah kamu ke dalam Syurga".

Kemudian malaikat mengadu kepada ALLAH, lalu ALLAH SWT menjawab ;
"Itulah umat Nabi MUHAMMAD, biarlah dia (MUHAMMAD) nak bagi syafaat kepada umatnya."

 


Andai ingin mendapat syaffa'at,
Di negeri akhirat ..
Rajinkan diri untuk berselawat.

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad ♡
 

 #kita ini umat Muhammad.
Sungguh :')


.. Dear Sahabat,


Bila pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang.
Semoga hari ini kita dirahmati Allah.


Kata diucap, perasaan dijaga ..
- Kawal rindu dengan doa,
- Kawal cemburu dengan bersangka baik,
- Kawal kemarahan dengan berwudhuk, 
- Kawal nafsu dengan Iman.

Semoga hati-hati kita masih kekal dilimpahi cahaya rahmat
dan kasihNya dan dengan iman dan taqwa yang masih utuh,
terpancar dari akhlak kita seharian.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد



#senyum :-)
.. Dear Sahabat,



PUASA 9 & 10 MUHARRAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah
ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram)
maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(Riwayat Muslim)
---------------------
Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya,
bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan,
aku akan berpuasa pada 9 Muharram."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
---------------------

Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan
dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9
atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan
lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11.
Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH
kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah
menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari
sebelum dan sehari sesudahnya."
(Riwayat Imam Ahmad)

Kalau tidak dapat puasa pada 9 Muharram,
boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
Tidak semestinya berpuasa berturut-turut 9, 10 dan 11 Muharram tu.
Asalkan digandingkan dengan 10 Muharram itu pun sudah memadai.
Semata-mata hanya untuk membezakan puasa dengan orang Yahudi.


13 November 2013 = 9 Muharram 1435
14 November 2013 = 10 Muharram 1435
15 November 2013 = 11 Muharram 1435

SELAMAT BERPUASA SUNAT.
Semoga Allah Redha :)

#ayuh, rebut pahala ~
.. Dear Sahabat,

Antara Perkara Sunat Selepas Akad Nikah ;

1. Solat Sunat 2 Rakaat Selepas Akad.

Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca doa selepas salam

2. Sujud Syukur.
 
3. Suami Memegang Atau Meletakkan Tapak Tangan Diatas Ubun-ubun
Atau Kepala Isteri & Berdoa.


"Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya’"
(Riwayat Abu Daud)

4. Isteri Salam Tangan Dengan Suami Sambil Cium Tangan Dan
Mengucapkan 2 Kalimah Syahada.
 
Sekadar perkongsian.
Mari kita hidupkan sunnah Rasulullah SAW.
 
 
#Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.