.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,


• Aku , kau , dia , kita semua sama saja ..

• Tinggi pangkatmu di dunia belum
tentu tinggi pangkatmu diakhirat kelak ..

• Taraf kita semua sama ,
hanya HAMBA ALLAH ..






#luahan hati seorang hamba ~ :(
.. Dear Sahabat ,


Ya Rabbi ,
Lama sudah diri ini mencari-MU ,
Sehingga terpesong melakukan kesilapan ,
Siang yang ku rasakan gelap ,
Apatah lagi malam yang ku rasakan kelam ,
Hanya kegelapan yang bermaharajalela ..

Ya Rabbi ,
Terbit cahaya nun di sana ,
Kembara aku menghampirinya ..
Di sepanjang perjalanan ini ,
Telah banyak kebenaran tentang-MU yang ku temui ..

Ya Rabbi ,
Aku mula menginsafi , menangisi ..
Dan merenungi akan kesilapan lalu ..
Ampunilah diri hamba-MU yang berdosa ini ..

Ya Rabbi ,
Aku kini bermuhasabah diri ,
Mencari seseorang yang mampu membantu
Aku mendekatkan diri kepada-MU ..

Semoga Engkau hadirkan dia buat diriku .

Allahumma Ameen ✿





#aku yang berdosa T_T"
.. Dear Sahabat ,





~ Sekadar Perkongsian :) ~

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS.

♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

♥ Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

♥ Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

♥ Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Namun ,


Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.





.. yang menaip entry ni ,