.. rakan dakwah ツ ..


.. Dear Sahabat ,

Ikhtilat Medan Dakwah


Dakwah akan menjadi kurang berkah apabila ikhtilat di alam maya tidak dijaga .



Dalam dakwah , menjadikan kita berbuat dosa .
Dalam dakwah , menjadikan kita akrab dengan maksiat .
Alasannya ; "Tak mengapalah kak , saya berbual dengan ikhwah , bual pasal kerja dakwah.."



Memang ikhwah dan akhwat saling memerlukan dalam urusan dakwah ,
tetapi jangan menjadikan medan dakwah ini medan yang
boleh kita bermudah-mudah dengannya ,
jauhilah pintu-pintu yang akan merosakkan dan memusnahkan kerja dakwahmu , sayang .

Ikhwah dan akhwat,
sama-sama saling menjaga .



#semoga Allah memberi cahaya kepada hati-hati yang masih tertutup .
Allahumma Aamiin :)
.. Dear Sahabat ,



Biar jarak ini menentukan segalanya

Biar jarak ini mendewasakan kita
Biar jarak ini menjaga hati dan jiwa
Biar jarak ini menjauhkan kita dari dosa dan noda
Biar jarak ini lebih mendekatkan kita pada-Nya

Kerana

Dengan jarak ini akan wujudnya setia
Dengan jarak ini maka Dia lebih redha
Dengan jarak ini cinta lebih mulia
Dengan jarak ini kau dan aku lebih terjaga




#selagi kita belum "HALAL" , kita masih ada "JARAK" 
.. Dear Sahabat ,


Orang pernah kecewa dengan cinta ,
hatinya mungkin tidak serapuh dan tidak selembut seperti dahulu .

Mungkin hatinya kini keras kerana takut terguris lagi ,
mungkin hatinya kini beku kerana takut terluka lagi .

Jadi jangan mudah prasangka , 
kerana kamu tidak mungkin tahu apa yang pernah dialami. 

Tiada orang yang ingin dikecewakan ,
Tiada orang yang ingin dilukakan .
Tetapi kekecewaan dan kelukaan itu seringkali menerbitkan
pengalaman dan ketabahan yang berpanjangan ..



#belajar dari kesilapan lalu (~.~")
.. Dear Sahabat ,


Kelebihan Menjadi Seorang Isteri

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”. 

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”. 

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”. 

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”. 

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8 ) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu “TAAT”



#di dunia , dialah penyeri ..
di syurga menanti , dia bidadari ..
.. Dear Sahabat ,

"KETIKA RINDU TERPISAH JARAK DAN WAKTU"

Bismillahirrahmanirrahim ,

Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat
engkau sayangi nun jauh disana . Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu .
Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu . Pintalah agar dia selalu berada di jalan-Nya .
Pintalah agar dia selalu menjaga hatinya .

Ingatlah ..
Jarak jauh adalah ujian sebuah hubungan cinta .
Jarak dekat pun adalah ujian keimanan sebuah hubungan cinta .
Dan menanti dengan penuh ketulusan adalah
bukti kesetiaan dan pengorbanan sebuah hubungan cinta .

Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk menghukummu .
Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya .
Menjaga kefitrahannya .

Bersabarlah hingga suatu saat waktunya akan tiba .
Dalam sebuah ikatan yang terlindungi redha-Nya .

Maka bertahanlah dalam sebuah penantian penuh dengan keikhlasan .
Dalam sebuah penantian penuh dengan ketulusan .
Dalam menjemput hubungan yang benar-benar dihalalkan .


#gambar sekadar hiasan *opsss*


.. Dear Sahabat ,



Cinta tanpa ikatan itu penuh dengan rasa ragu ,
dan keraguan itu mungkin mampu mematikan hati .

Sebaik-baik cinta itu bersama dengan redha-Nya dan
sungguh ‘NIKAH’ adalah jalan yang paling indah .


Penantian itu menjadi lebih indah jika berada di jalan-Nya .

Renungkan , Wahai Teman ..

Lelaki yang beragama takkan sewenang-wenangnya meng’invite’
seorang perempuan beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya ..

Perempuan yang beragama pula takkan sewenang-wenangnya meng’accept’
seorang lelaki beragama untuk menjadi pasangan ‘couple’nya ..

Tetapi..

Lelaki yang beragama akan terus malamar seorang perempuan
beragama yang memikat kalbunya melalui ibu bapa untuk dijadikan pasangan hidupnya ^_^

Perempuan yang beragama pula akan bersetuju untuk menerima lamaran istimewa
daripada seorang lelaki beragama yang telah memaut jiwa nuraninya untuk dipimpin
menuju ke Syurga ^_^

Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya ..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya ..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah ..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah ..

Semoga kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah ^_^

Percayalah ..
Cinta Itu Indah ..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah ..
Bila Tujuannya Kerana Allah ..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah ..




#so sweet
.. Dear Sahabat ,


Tiada manusia yang sempurna .
Tidak wujud istilah "aku tak layak" atau
"siapalah aku" dalam berdakwah .
Yang menulis ini juga banyak khilafnya .

But da’wah is an obligatory for each one of us ,
according to our own capacity ♥


"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat .."

- Rasulullah saw :)

Dakwah ini amat memenatkan ,
tetapi kehebatan yang Allah anugerah kepada mereka
yang ikhlas berdakwah hinggakan penat itu menjadi satu nikmat yang besar ..




#Allahu Allah ❦
.. Dear Sahabat ,


Mengapa saya suka warna hijau ? 

Kerana WARNA HIJAU ADALAH WARNA SYURGA .

Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau
pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah . 

Kedua syurga itu (kelihatan) HIJAU tua warnanya.
(QS. Ar-Rahmann : 64)

Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
(QS. Ar-Rahmann : 76)

Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga ‘Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian HIJAU dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah.
(QS. Al-kahfi : 31.)

Mereka memakai pakaian sutera halus yang HIJAU dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.
(QS. Al-Insaan : 21)

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau ..
Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau ..

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga ,
warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan
indah pula sehingga menghiasi Syurga .

Justeru itu , mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati
manusia agar beriman dan menyukai apa yang
disukai oleh Allah dan Rasul-Nya ,
memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah
dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai
pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak .
Allahu'alam ~



#HIJAU : sejuk mata memandang ~ :)
.. Dear Sahabat ,


~ Sekadar Perkongsian Untuk Kaum Hawa :) ~

KEDATANGAN HAID MENGKAFFARAHKAN DOSA .

Kedatangan haid bagi seorang perempuan mengandungi banyak
pahala dan ganjaran sepertimana di riwayatkan oleh Sayyidatina
'Aisyah radhiallahu anha.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :
Tidak ada dari seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan
kedatangan haid nya itu MENGKAFFARAHKAN DOSA NYA yang telah lalu jika ia
membaca pada hari pertama datang nya itu :

ALHAMDULILLAHI 'ALA KULLI HAALIN WA ASTAGHFIRULLAHA
MIN KULLI ZANBIN.

Segala puji bagi ALLAH atas segala hal dan ketika.
Dan saya mohon akan ALLAH dari segala dosa.

Maka ALLAH menuliskan untuknya :
#Kelepasan dari api Neraka.
#Melewati titian shirat dengan cepat nya.
#Aman daripada azab siksa.
#Dan di angkat ALLAH bagi nya tiap-tiap hari dan malam darjat 40
orang yang syahid bila ia ingat ( berdzikir ) pada waktu haid nya.

Syeikh waliyullah Hasan Bashry berkata bahawa : Hal yang begini
adalah untuk perempuan yang solehah dan para isteri yang taat
pada suami dalam menjaga syariat Ilahi..

Sayangnya Allah kepada Wanita




#Allahu Rabbi ~
.. Dear Sahabat ,


PAYAHNYA MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama

. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI
UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)



Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:

" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if


Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


PROSES KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya

hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.


Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.


Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.


Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.


Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.


Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan


Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"

yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap

sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.


(Dipetik dari : buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT yang

disusun oleh Muhammad Isa Selamat)



#Subhanallah =)
.. Dear Sahabat ,

Walaupun tidak sepenuhnya ,
Tapi perubahan itu perlu juga .
Walaupun sikit-sikit ,
pedulilah apa orang nak cakap .


Kita bajet baik ?
Kita bajet solehah ?
Baguslah , Alhamdulillah ~
ada juga bajet kita untuk ke arah yang 'baik' tu :)


Saya dulu pun jahil ,
bukannya baik sangat .
Sekarang pun tidak juga ,
masih cuba perbaik atas teguran dan nasihat .

Tapi sedar kita tidak baik dan cuba berubah ,
kan lebih elok dari orang yang sentiasa merasa betul ,
dan bila ditegur melenting tak sudah-sudah :)

Tidak semestinya perempuan yang bertudung labuh
atau berpurdah itu dia dah baik sangat ,

Tidak semestinya lelaki yang berserban ,
pergi masjid hari-hari tu dah baik sangat .

Kita ni manusia , faham tak ?
Manusia , tidak akan boleh jadi PERFECT .


Tapi manusia boleh BERUBAH .
Percayalah :)



#perbaiki diri lagi dan lagi ~ :)
.. Dear Sahabat ..


Selesainya lafaz akad nikah ..
"Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM .."
Bunyi macam senang kan ?

Nah , ini erti sebenarnya :

 "Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya ,
apa saja dosa yang dia buat , dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat ,
aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung , dan aku tanggung semua
dosa bakal anak-anak aku . Kalau gagal , maka aku fasik , dayus & aku rela
masuk neraka , aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku .."



#betapa besarnya erti sebuah "AKAD" ♥
.. Dear Sahabat ,


Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal
bersama si dia , tahanlah hatimu ..
Tahanlah perasaanmu ..


Jika perasaan itu tidak tertahan lagi ,
coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu ,
tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan .
Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu
sebaik mungkin .

Apabila tiba saatnya kamu disatukan ,
maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya .
Dia pasti bahagia menerimanya ..

Tetapi jika waktu itu belum tiba ..

Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan
Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia
bukan milikmu , bakarlah coretan itu bersama
hilangnya wajah si dia dari hatimu ♥


#rahsia itu secret kan ? *opsss*