.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,

Ketika hawa benar-benar telah jatuh hati dan menyayangi adam ,

maka dia akan rela berkorban apa saja demi orang yang disayanginya .

Hingga ada sebait kalimat perumpamaan bagi ungkapan hati

tentang perasaan hati setiap hawa :

"SESIBUK APAPUN SEORANG WANITA , DIA TAK AKAN PERNAH LUPA UNTUK
MEMIKIRKAN SERTA MENGINGAT ORANG YANG DIA SAYANGI ."

Sebuah pesan bijak pandai untukmu , wahai Adam :

Ketika engkau telah memiliki hati seorang wanita ..

Jagalah hatinya ..

Jagalah ketulusan kasih sayangnya ..

Jagalah perasaannya ..

Jagalah bahagianya ..

Jagalah untuk memuliakan hidupnya ..

Dan berusahalah untuk tidak sekali-kali menyia-nyiakan
cinta dan kepercayaannya ..

Buatlah hidupnya merasa lebih bererti ketika bersamamu ..

Kerana itulah yang akan membuatnya bahagia dan
merasa tenteram dalam hatinya ..

Kerana dia punya hak untuk hidup bahagia bers
amamu ..

Insya Allah 



#so sweet ! ^^
.. Dear Sahabat ,


Ya syabab (wahai pemuda/pemudi),

Jika kau turun ke medan dakwah,


tanpa hati membawa Allah, kau akan mudah lemah. 


Kau akan tersungkur dengan tohmah. 


Kau akan rebah dengan fitnah. 

Hari ini juga, binalah hubungan dengan-Nya. 


Dekati surat cinta-Nya. 


Damailah dalam pelukan sujud di hadapan-Nya. 

Yakinlah, Dia Maha Pembela !




#semangattttt :)
.. Dear Sahabat ,


24 PERKARA MERAIH SYURGA ALLAH


1- Menjaga solat Subuh dan Asar.
2- Mendapat haji yang mabrur.
3- Banyak berpuasa sunat.
4- Solat di awal waktu dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
5- Menghafaz 99 nama Allah SWT.
6- Berjihad di jalan Allah SWT.
7- Membuang sampah yang berada ditengah jalan agar tidak 
mengganggu laluan orang lain.
8- Mereka yang sabar di atas kematian anak yang masih kecil.
9- Membina masjid.
10- Redha dengan kematian suami.
11- Mereka yang memelihara anak yatim.
12- Mereka yang memiliki akhlak yang mulia.
13- Menjaga dan memelihara kemaluan dan lidah.
14- Berlemah-lembut dengan anak-anak perempuan.
15- Membaca ayat Al-Kursi selepasa solat fardhu.
16- Sentiasa dalam keadaan berwuduk dan menunaikan solat sunat 
wuduk 2 rakaat setiap kali selepas berwuduk.
17- Sentiasa ke masjid pagi dan petang.
18- Menjauhi dosa-dosa besar.
19- Memohon Syurga daripada Allah SWT sebanyak tiga kali dan 
memohon dilindungi daripada neraka sebanyak tiga kali.
20- Banyak membaca surah Al-Ikhlas.
21- Berdoa selepas berwuduk.
22- Berbuat baik dalam perkara yang senang dan menyelesaikan perkara yang rumit.
23- Mengakhiri hidupnya dengan puasa.
24- Mengakhiri hidupnya dengan kalimah syahadah.


Moga apa yang kongsikan di sini dapat sama-sama kita renung dan amalkan .

#insya Allah :)
.. Dear Sahabat ,


Mulakan pagi anda dengan bacaan ini..


بسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ



Maksudnya: ‘Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan
nama-Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui’


Bacalah bacaan ini setiap pagi dan petang sebanyak TIGA kali.

Nescaya Nabi menyatakan TIADA sesuatu perkara dapat memudaratkannya.


(Dari Hadis Riwayat At-Tirmidzi. Hasan Li Ghayrihi)


***************

Suatu ketika , mimi akui ..
mimi juga pernah terima 1 ugutan santau dari seorang hamba Allah tu ..
dia tunjukkan satu persatu gambar mimi , mi tak tahu dia dapat dari mana .
yang penting , mimi sangat terkejut masa tu .

yelah , orang itu bukanlah "seseorang" yang mimi kenal .
mimi langsung tak kenal dia . jadi , mana mungkin ..
dia dapat semua gambar-gambar mimi semudah itu .

mimi ada meminta nasihat dari seorang ustaz juga seorang imam
sekitar Kulaijaya ni . Alhamdulillah , ustaz tu siap bagi mimi ayat di atas .
ustaz tu suruh mimi sentiasa baca ayat tu sebanyak yang boleh .

setakat ini ..
Alhamdulillah , segala gangguan dapat ditepis dengan izin-Nya .
hebat sungguh khasiat ayat ni . Subhanallah ~



#"La haula wala quwwata illabillah"
"Tiada daya dan upaya melainkan kekuatan ALLAH"
.. Dear Sahabat ,


Kita tidak akan tahu sampai bilakah pasangan kita akan menemani kita .

Jika kita masih diberi kesempatan untuk berdua ,

cintailah , hargailah dan bersyukurlah ..


kerana itu merupakan anugerah terindah yang dalam hidup kita


#1 Aku meminta pada Tuhan ,
seorang yang biasa saja ,
yang saat letih kurasa ,
ia akan sentiasa berkata ,
'kamu tidak sendiri .. aku ada di sisimu , sayang'




#sweetnyer lahaii ^^
.. Dear Sahabat ,


Aku tak pernah bangga dengan apa yang aku ada .
Aku tak pernah anggap apa yang ada ni aku yang punya .

Aku tahu , semua ini hanya pinjaman semata-mata .
Bukannya aku yang punya !

Malah , buat aku lebih bersyukur pada Yang Esa ..
Kerana diberi peluang untuk menikmati apa yang telah di takdirkan untukku ..
Itulah bukti kekuasaan-Nya .
Alhamdulillah :)

Kau boleh kata apa sahaja yang kau mahu .
Kau boleh lempar kata kejian ke atas sesuatu yang kau tak tahu .
Kau boleh campak tomahan kau sebanyak mana yang kau mampu .

Tapi , yang membezakan kau dengan aku ,
Adalah kerendahan hati dan ketinggian ilmu ..

Semoga Allah berikan kamu hidayah .
Allahumma Aamiin .



#hidup indah tanpa si HIPOKRIT ! :')


.. Dear Sahabat ,

~ Sekadar Perkongsian ~

Khususnya untuk bakal-bakal "papa" ehh :P


Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.


Tanggungjawab penting untuk sang suami.


Uri (placenta) yang menyediakan nutrien bagi bayi (fetus) dan juga membantu pernafasan.


MENANAM URI ANAK


Uri atau dikenali sebagai placenta , dan juga disebut tembuni.

Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk.
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok.
Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera.
Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun.
Semoga kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini ,
yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

CARA MENGURUSKAN URI
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik
(Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih.
(Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco,
letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan
dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti.
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbusla.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.
=======================================
Hukum menanam uri adalah HARUS - JAKIM

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual.
Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki
membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.



#ouh , macam gitu ehh ? baru tahu -_-"