.. rakan dakwah ツ ..


.. Dear Sahabat ,

Jika dia JODOH mu ..
Pasti langkahnya :

akan di PERMUDAH
Sulit untuk BERPISAH
Tidak banyak BERSUSAH PAYAH
dan tidak mudah TERPECAH BELAH

Namun , jika dia bukan jodohmu
Pasti Langkahnya :

Akan di PERSULIT
Rintangannya yang BERBELIT
Cobaan YANG MELILIT
Dan Yang di rasakan hanyalah PAHIT

Betul ?


Fikirkan :)



#so awesome ! :)
.. Dear Sahabat ,

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra\'d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa\' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu\'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

SEMOGA BERMANFAAT ^^





#insaf .
.. Dear Sahabat ,


✐ Bila engkau memandang segalanya daripada Tuhanmu .. 

☑ yang mencipta segalanya , 
☑ yang menimpakan ujian , 
☑ yang menjadikan sakit hatimu , 
☑ yang membuatkan keinginanmu terhalang ..

✐ Pasti akan damailah hatimu , masakan ALLAH sengaja mentakdirkan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia ,
bukanlah ALLAH tak tahu deritanya hidupmu , retaknya hatimu ..

✐ Tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu
isi hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan
mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA ..

Sabar itu sangat indah bukan ?

Allahu Rabbi ~
Pujuk hati ❦



#telan pil Istighfar banyak-banyak (u_u")

.. Dear Sahabat ,


 WANITA HEBAT

Wanita hebat bukan kerana dia "cantik"
Wanita hebat bukan kerana dia "kaya"
Wanita hebat bukan kerana dia "pintar"
Dan bukan pula kerana "di sampingnya ada lelaki kacak dan kaya"

Tapi wanita hebat adalah ..

☑ Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya .
☑ Mampu berdoa dan percaya kepada ALLAH adalah sumber "kekuatan"
☑ Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan.
☑ Bersabar saat tertekan .
☑ Tersenyum saat hati menangis .
☑ Diam saat terluka .
☑ Mempesona kerana memaafkan ♥

Itulah Muslimah Sejati :)




#Allahu Allah :)