Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu."
- Hadis Riwayat : At-Tirmidzi -
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang
tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan
sebagai al-an'am iaitu unta, lembu
(termasuk kerbau),
biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya
Haji (10 Zulhijjah)
dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
kerana
bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
Antara hikmah ibadah Qurban :
::Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut
perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
::Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya
yang melimpah-ruah.
::Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
::Menambah amal kebajikan.
::Sebagai penebus dosa.
::Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.
Hidup ini untuk memberi.
Memberi dan terus memberi.
Sebagai bekalan diakhirat nanti.
Allahu Rabbi ~
#belajar dan terus belajar :)
0 comments:
Catat Ulasan