.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat,


Bila pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang.
Semoga hari ini kita dirahmati Allah.


Kata diucap, perasaan dijaga ..
- Kawal rindu dengan doa,
- Kawal cemburu dengan bersangka baik,
- Kawal kemarahan dengan berwudhuk, 
- Kawal nafsu dengan Iman.

Semoga hati-hati kita masih kekal dilimpahi cahaya rahmat
dan kasihNya dan dengan iman dan taqwa yang masih utuh,
terpancar dari akhlak kita seharian.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد



#senyum :-)
.. Dear Sahabat,



PUASA 9 & 10 MUHARRAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah
ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram)
maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:
"Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(Riwayat Muslim)
---------------------
Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya,
bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan,
aku akan berpuasa pada 9 Muharram."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
---------------------

Puasa sunat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan
dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9
atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan
lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9, ke-10 dan ke-11.
Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya MAKRUH
kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah
menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari
sebelum dan sehari sesudahnya."
(Riwayat Imam Ahmad)

Kalau tidak dapat puasa pada 9 Muharram,
boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
Tidak semestinya berpuasa berturut-turut 9, 10 dan 11 Muharram tu.
Asalkan digandingkan dengan 10 Muharram itu pun sudah memadai.
Semata-mata hanya untuk membezakan puasa dengan orang Yahudi.


13 November 2013 = 9 Muharram 1435
14 November 2013 = 10 Muharram 1435
15 November 2013 = 11 Muharram 1435

SELAMAT BERPUASA SUNAT.
Semoga Allah Redha :)

#ayuh, rebut pahala ~
.. Dear Sahabat,

Antara Perkara Sunat Selepas Akad Nikah ;

1. Solat Sunat 2 Rakaat Selepas Akad.

Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

Rakaat pertama: Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Membaca doa selepas salam

2. Sujud Syukur.
 
3. Suami Memegang Atau Meletakkan Tapak Tangan Diatas Ubun-ubun
Atau Kepala Isteri & Berdoa.


"Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya’"
(Riwayat Abu Daud)

4. Isteri Salam Tangan Dengan Suami Sambil Cium Tangan Dan
Mengucapkan 2 Kalimah Syahada.
 
Sekadar perkongsian.
Mari kita hidupkan sunnah Rasulullah SAW.
 
 
#Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.
.. Dear Sahabat,


"Kita asalnya dari syurga, tak mahu kembali ke sana?
Jadi mengapa berlama-lama dalam dosa?
Berat nak bawa didepan Allah nanti.
Hidup ini bukan selamanya,
tak ada istilah hina bila kita kembali mendekat kepada-Nya.."





#tepuk dada, tanya iman dalam hati kita :)
.. Dear Sahabat,





Antara Tips Khusyuk Dalam Solat:

1) At-Tafahum
:Memahami semua bacaan di dalam solat dan menghayati maknanya.

2) At-Ta'zim
:Merasakan kebesaran Allah SWT seolah-olah kita berada di hadapan-Nya.

3) Al-Haibah
:Menghadirkan rasa gerun terhadap kekuasaan Allah SWT,
sejurus dapat merasai kehebatan Allah.

4) Ar-Raja'
:Mengharapkan rahmat Allah SWT dengan penuh harapan
bahawa ibadat kita akan diterima.

5) Al-Haya'
:Berasa malu kepada Allah kerana kecuaian dalam mengotakan janji kita
terhadap-Nya dan kekurangan kita dalam melakukan ibadat kepada-Nya.

"Sesungguhnya Solat itu dapat mencegah daripada perbuatan buruk dan mungkar.." (Al-Ankabut: 45)

"Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat itu sedang bermunajat dengan tuhannya.." (Riwayat Bukhari)

Sama-sama kita perbaiki solat kita.
Mudah-mudahan, Allah redha dan terima.
insya ALLAH :)

#perkara pertama yang dihisab adalah : SOLAT
.. Dear Sahabat ,


Dari Umar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda :

"Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid.”

-Hadis Riwayat : Ahmad-

Lafaz Takbir : الله أكبر (Allah Maha Besar)

Lafaz Tahlil : لا إله إلا الله (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)

Lafaz Tahmid : الحمد لله (Segala Puji Hanya Bagi Allah)

Contoh lafaz yang dianjurkan:

الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Antara Amalan Sunat dalam Bulan Zulhijjah :


- 1-8 Zulhijjah : Sunat berpuasa


- 8 Zulhijjah : Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat



- 9 Zulhijjah (Hari Wuquf) : Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat di Arafah ;

Disunatkan berpuasa bagi bagi orang yang tidak mengerjakan haji ;
Membaca surah al-ikhlas 1000 kali.

-10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) :Solat sunat Aidiladha; Membaca takbir ;
Melakukan ibadah korban/sedekah.

- 11-13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) : Hidupkan malam dengan banyak beribadat; Takbir selepas setiap waktu solat fardhu.

- 30 Zulhijjah : Membaca doa akhir tahun Hijrah.




.. Dear Sahabat,

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam
melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil
kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun, itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama
yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa
godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat
dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafs
 dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang
sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi
ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin
agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama,
merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati.
Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari
sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang
sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai
persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah
bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa
menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah
yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.



#insya ALLAH :)
.. Dear Sahabat ,
Sekadar Renungan ..

"Sesiapa yang melihat di kalangan kamu suatu kemungkaran ,
maka tegahlah ia dengan tangannya (kuasanya) .
Sekiranya tidak mampu , maka tegahlah dengan lisannya (perkataan) .
Sekiranya tidak mampu , maka tegahlah dengan hatinya dan
itulah selemah-lemah iman .."

| Hadis Riwayat : Muslim, Kitab al-Iman, 1/167, no.70 |

Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah S.W.T SUKA apabila seorang hamba mengerjakan
suatu pekerjaan & dia ISTIQAMAH melakukannya .." 

| Hadis Riwayat : Baihaqi |

Selamat menambah amal , sahabat .
Semoga Allah redha .



#sebarkan bahagia ~
.. Dear Sahabat ,

Rasulullah s.a.w menyambut bulan Ramadhan dengan penuh rasa terharu , ini jelas dari ucapan baginda yang bermaksud: " Telah datang bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya, telah datang bulan membawa segala keberkatan, maka hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu."

Persediaan kita seharusnya dilakukan dengan penuh rapi kerana hendak menyambut tetamu yang bukan sebarang tetamu, tetamu yang hanya datang sekali sahaja dalam tempuh setahun. Tetamu yang datang membawa hadiah-hadiah yang sangat menarik kerana bersamanya Malam al-Qadar, keampunan dosa dan beroleh ketaqwaan. Persediaan dan persiapan ini perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh sehingga di suatu hari nanti kita akan menjadi tetamunya pula. 

Berbahagialah orang yang menyambut dan melayaninya dengan penuh keimanan kerana kelak nanti puasa ini akan melayannya dengan segala keseronokan. Allah s.w.t telah menyediakan satu pintu khas di syurga untuk orang yang berpuasa. Pintu itu dikenali sebagai pintu ar-Rayyan. Hanya orang yang berpuasa sahaja diberi peluang untuk masuk ke syurga melalui pintu ini.

~ Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ~



#mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita .
Lakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini .
.. Dear Sahabat ,

~ Syiah ,Yahudi dan Majusi ~

By: Ibnu Batoota (Rakan MukaBuku Mimi)

Note: Saya yang bertanggungjawab atas penulisan ini ,
jadi tidak dibenarkan copy paste melainkan di kredit kepada
page Ibnu Batoota untuk mengelakkan fitnah dan penipuan serta putar belit fakta .

Sepertimana yang telah diterangkan,ajaran agama Syiah ni diasaskan oleh seekor Yahudi yang bertaqiyyah(pura-pura) masuk Islam bernama Abdullah bin Saba',dialah makhluk Allah pertama yang meangangkat Saidina Ali r.a sebagai TUHAN kemudian diikuti oleh majoriti ORANG PARSI yang beragama MAJUSI(penyembah api) yang juga bertaqiyyah(pura-pura) masuk Islam,mereka(orang Majusi) sangat menaruh dendam kepada PARA SAHABAT NABI terutamanya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a kerana kedua tokoh Islam inilah insan pertama yang berjaya memusnahkan empayar PARSI (yang berpusat di IRAN) sekaligus menghapuskan agama MAJUSI,maka merekalah(orang Majusi) yang mula-mula sekali menyahut seruan Yahudi Abdullah bin Saba' tadi untuk merosakkan agama Islam dari dalam dengan cara mewujudkan agama baru bernama Syiah dan canang ia sebagai agama Islam sebenar...

Tujuan mereka menyokong Saidina Ali r.a diangkat sebagai tuhan adalah kerana beliau adalah menantu Rasulullah s.a.w dan AHLUL BAIT(keluarga Nabi),dari Saidina Ali r.a lah lahirnya Saidina Hasan dan Saidina Husain r.huma yang merupakan penerus generasi Rasulullah...

Mereka gunakan nama Ahlul Bait untuk menjatuhkan Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar kerana mereka fikir umat Islam pasti tertipu memandangkan Abu bakar dan Umar bukan lah ahlul Bait manakala ahlul Bait lebih utama...

Dendam golongan Majusi ini hanya zahir selepas kewafatan Saidina Umar r.a kerana ketika Umar masih hidup,puak-puak Majusi yang ingin merosakkan Islam ini tidak berani tonjolkan diri kerana terlampau takut pada Umar...

Pada zaman khalifah Usman,beliau sememangnya seorang yang lemah lembut,maka saat itulah kumpulan Majusi ini mula berani tonjolkan diri dan hinggalah pada zaman Saidina Ali menjadi khalifah,kumpulan mereka menjadi besar lalu mereka membunuh Saidina Hussain dalam peristiwa Karbala (puak-puak Munafik beragama Majusi itu adalah orang Kafir,mereka menyamar sebagai orang Islam dan membunuh Hussain r.a cucu Rasulullah untuk melagakan umat Islam dan memecahkan umat islam menjadi Syiah yang kononnya pecinta ahlul bait dan Nasibi yang kononnya pembenci ahlul bait,sedangkan yang benar,semua umat Islam cintakan ahlul bait dan yang bunuh ahlul bait itu adalah orang Majusi dan Yahudi)dan menyebarkan fitnah bahawa beliau dibunuh oleh orang Islam...maka berlakulah salah faham yang besar antara umat Islam yang ikhlas mencintai ahlul bait dengan para Sahabat Nabi lalu mereka yang ikhlas tadi bergabung dengan puak Majusi tadi untuk membentuk agama baru dan dinamakan Syiah,mereka terperangkap dengan permainan Majusi...

Sepertimana pada zaman ini,ramai penganut Syiah taraf bawahan hanya jadi boneka paderi-paderi Syiah pihak atasan,pengikut bawahan merasakan mereka berada di pihak yang benar dan benar2 ikhlas mencintai ahlul bait,sedangkan paderi2 atasan tahu mereka sesat dan cuma gunakan nama ahlul bait untuk raih pengikut sahaja..

Oleh sebab itu sampai sekarang penganut tegar agama Syiah ialah orang Parsi di negara IRAN dan telah jelas disebut oleh Nabi SAW, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70,000 orang daripada Ashfahan iaitu di IRAN (Al-Fathur Rabbani Tartib Musnad Ahmad). 

Ulasan Al-Imam An-Nawawi rahimahullah dan ulama-ulama kontemporari tentang hadis ini, mereka yang dimaksudkan itu adalah golongan Syiah Rafidhah.

Agama Syiah meniupkan kebencian kepada Abu Bakar dan Umar kerana mereka menghancurkan agama Majusi(penyembah syaitan,kerana mereka sembah api dan syaitan itu dari api),mereka mulanya cuma berdendam dan mengkafirkan Abu Bakar dan Umar sahaja(yang membunuh Umar juga adalah seekor Majusi yang bernama Abu Lu'luah),tapi disebabkan mereka berdua disokong oleh semua Sahabat Nabi,maka Syiah terpaksa kafirkan semua Sahabat Nabi kecuali beberapa orang seperti Saidina Salman Al-Farisi r.a(itu pun sebab Saidina Salman tu orang PARSI,jadi mereka tak sanggup nak kafirkan kaum sendiri),Saidina Ammar bin Yasir r.a(dari beliau mereka ambil dalil halal untuk bertaqiyyah yakni menipu atau berpura2 untuk selamatkan agama kerana Ammar r.a pernah berpura2 "murtad" kerana tidak mahu dihukum bunuh oleh musyrikin Mekah seperti yang berlaku pada ibunya(Sumayyah r.ha) dan bapanya (Yassir r.a)...jika Syiah kafirkan Ammar r.a,maka tidak sah pengambilan dalilnya..

Begitu juga mereka terpaksa mengkafirkan Aisyah dan Abu Hurairah dengan lebih penekanan kerana kedua tokoh ini merupakan sahabat Nabi yang paling banyak meriwayatkan hadis,jika mereka tidak dikafirkan,maka hadis2 Nabi yang memuji2 sahabat seperti Abu bakar dan Umar akan menjadi SAHIH..dengan mengkafirkan dua orang ini,maka disisi mereka semua hadis dari mereka adalah PALSU...

Bak kata ustaz saya:

"Janganlah kita menipu,sebab bila kita menipu,kita terpaksa cipta penipuan yang kedua untuk menutup penipuan yang pertama dan terpaksa cipta penipuan ketiga untuk menutup penipuan kedua..dan seterusnya.."

Inilah yang berlaku pada agama Syiah..

Dimulakan oleh orang Yahudi kerana dendam pada umat Islam..

Disokong pula oleh Majusi yang membenci Abu Bakar dan Umar kerana menghancurkan empayar Parsi dan agama Majusi..

Jadi bila digabungkan dua-dua dendam ini,muncullah agama SYIAH dan mereka menjadi pengikut Dajjal paling tegar untuk berperang dengan Islam...

Sekarang dah nampak kaitan Syiah dengan Yahudi(U.S.A dan Israel) dengan Majusi Parsi (Iran,Lubnan,Syria)?

Iran kononnya sedang bergaduh dengan kawan baik mereka sejak zaman Nabi iaitu Amerika dan Israel...

Sedangkan kedua-dua puak itu adalah golongan Dajjal yang saling bantu membantu...

Media yang dipegang oleh Yahudi sengaja menguar-uarkan Iran(Syiah) sebagai Hero Islam supaya umat Islam yakini bahawa Syiah adalah agama yang benar kerana berani menentang Israel...

Sedangkan negara-negara Islam sebenar yang menentang Yahudi Amerika dan Israel semuanya telah dibumi hanguskan...

Kalau korang ada otak,Insyallah akan FAHAM..tapi kalau korang tak ada otak macam puak Majusi dan Yahudi..maka jadilah SYIAH...

~Selesai mengutuk agama Syiah~


#seriously , statement ni memang owsem ^^
.. Dear Sahabat ,

Video Syiah di Malaysia dah disebarkan orang awam .
Dah tolong tayangkan sekali dengan paparan jelas
wajah individu-individu yang terlibat .

Korang dah tengok ? kalau belum , nah ~
tengok dan nilailah sendiri . click saja :)


Macam biasa , pendedahan dah sampai macam tu sekali pun ..
Tindakan pihak berwajib LAMBAT . Padahal benda bahaya kut (-_-")
Sangat bahaya . Isu keselamatan agama dan negara .

Hari ini Syiah tubuh markas di Malaysia .
Esok-esok , tubuh negeri pulak , siapa tahu ?
Masa tu, siapa yang paling menyesal ?

Ingat , Syiah ni tak teragak-agak bunuh Sunni .
Bumi Syria yang berdarah sekarang jadi bukti .

Tangkap dan tarbiyyahlah mereka cepat-cepat .




Mari kita kenali antara 23 ciri Syiah ;

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mutaah

7.Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14.Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura) untuk menarik ahli suannah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.


#waspada sentiasa (:
.. Dear Sahabat ,

Berapa ramai para suami yang membiarkan isteri
mereka jahil ilmu agama , hingga akhir hayat .

Tak pandai bab haid ,
Tak tahu bab nifas ,
Tak pandai bab istihadah ,
Mandi junub ?
Solat ?
Tutup aurat ?
Mengaji Al-Quran ?

Isteri tak tahu , suami ajarkan .
Isteri tak pandai , suami berikan didikan .

Bila suami tak tahu ,
wajib bawa isteri bersama-sama pergi belajar
agama di masjid berdekatan .

Bukan hanya tahu ,
pergi kerja balik kerja saja .



#take noted ye , para suami ^^
.. Dear Sahabat ,





~ RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU ~

 Cintai isterimu .. Apabila dia merasa kopi atau tea anda .
Dia hanya untuk memastikan rasanya sedap untukmu .

 Cintai isterimu .. Apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat .
Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu .

 Cintai isterimu .. Apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak .
Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu .

 Cintai isterimu .. Apabila dia masak tidak sesedap ibumu .
Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu .

 Cintai isterimu .. apabila dia merasa cemburu .
Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana .





#lepas ni , kita buat entry tentang rahsia suami pulak ehh :)
tapi , tunggu mimi ada suami ler nanti :D
.. Dear Sahabat ,


Aku ingin sepertinya .
Lagi di cari , lagi bersembunyi .
Lagi di sebut , lagi mendiamkan diri .
Lagi di jejak , lagi dia lari. 

Sembunyi itu suatu perlindungan untuk ‘hati’ ,
agar hatinya dekat dengan Sang Ilahi .

Moga-moga suatu hari nanti ,
aku boleh jadi sesolehah dia .

Di mana namanya tidak terukir di bibir dan
wajahnya tidak terlakar di hati si ajnabi .

Suara dari hati ,
insan yang bertatih mencari redha Ilahi .

Sungguh :'(



#gambar sekadar hiasan :)
.. Dear Sahabat ,
~ Sekadar Perkongsian ~

Rahsia disebalik angka 7


:: LANGIT

Dalam penciptaan langit , kehadiran angka 7 cukup istimewa kerana ketika alam ini
diciptakan .. Allah yang Maha Berkuasa telah menjadikan
langit berjumlah 7 lapis serta 7 lapis bumi .
Firman Allah yang menerangkan tentang penciptaan langit dan bumi ini ;

“.. Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian juga bumi .
Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawa
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dengan ilmu-Nya ..”
(Surah Al-Thalaq : ayat 12)

Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit , Firman-Nya yang bermaksud ;
"Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.."
(Surah An-Nabaa’ : ayat 12)

Kemudian Allah menghiasi pula langit dengan tujuh bintang .
Firman Allah yang bermaksud ; “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
gugusan bintang-bintang di langit , dan Kami telah menghiasinya
(langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya ..”


:: BUMI

Begitu Allah mencipta bumi 7 lapisan di mana Hadith ada
meriwayatkan bahawa lapisan-lapisan bumi ini ada penghuninya sendiri iaitu ;

- Lapis ke-7 dihuni Malaikat
- Lapis ke-6 dihuni iblis dan Pembantunya
- Lapis ke-5 dihuni para syaitan
- Lapis ke-4 dihuni ular-ular
- Lapis ke-3 dihuni kalajengking
- Lapis ke-2 dihuni jin-jin
- Lapis pertama dihuni manusia

Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan 7 lautan ,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ; “Dan laut, ditambahkan
kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..”
(Surah Luqman : ayat 27)


:: SYURGA dan NERAKA

Allah menjadikan syurga dan neraka sebanyak 7 lapisan .
Setiap lapisannya untuk seluruh umat manusia menurut amal
ibadah yang telah dilakukan kepada Allah SWT di mana semakin
baik amalannya , maka semakin baik kedudukannya begitu juga sebaliknya .

Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkat iaitu :
neraka Jahannam , Sa’iir , Saqar , Jahiim , Hutamah,  Ladhaa dan Hawiyah .

Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 pintu , sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud ; "ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu , di mana
tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka ..”
(Surah Al-Hijr : ayat 44)


:: AL-QURAN

Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang iaitu ;
Al-Baqarah,  Ali Imran, Al-Maidah, An-Nisaa’, Al-An’aam, Al-Anfa’al dan At-Taubah .

Seterusnya , dicantikkan lagi dengan 7 ayat pembuka kitab iaitu Surah Al-Fatihah .

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ; "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung.."
(Surah Al-Hijr : ayat 87)


:: JASAD

Allah menghiasi manusia dengan 7 angggota badan iaitu ;
dua tangan , dua kaki , dua lutut dan satu wajah .

Kemudian Allah SWT lengkapi dengan 7 anggota untuk ibadat solat iaitu ;
dua tangan dengan doa , dua kaki dengan berkhidmat , dua lutut dengan duduk
dan muka untuk sujud . Firman Allah yang bermaksud ; "Dan sujudlah dan
dekatkanlah (dirimu kepada Allah).."
(Surah Al-’Alaq : ayat 19)

Sesungguhnya tidaklah sia-sia penciptaan manusia ini yang
dilengkapkan dengan 7 anggota utama iaitu untuk tujuan beribadah
kepada Allah dengan susunan yang begitu unik dan cukup sempurna untuk kita .

Subhanallah !


:: UMUR

Allah menghiasi umur manusia dengan 7 peringkat . 
Pada masa lahir disebut ‘radli’ , kemudian ‘farhim’ ,
kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’.

Seterusnya , dilengkapkan 7 peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu ;
ucapan “Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullaah”

Firman Allah yang bermaksud ; “Dan Allah mewajibkan kepada
mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak
dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya ..”
(Surah Al-Fath : ayat 26)

Allah SWT telah menghiasi umur manusia 7 peringkat :

1- Masa setitik darah
2- Ketika dalam kandungan
3- Menjadi bayi
4- Ketika kanak-kanak
5- Remaja
6- Dewasa
7- Tua


:: TANAH BESAR

Allah menghiasi dunia dengan 7 negeri yang besar iaitu ;

1. Hindustan
2. Hijaz
3. Bashrah, Badiyah dan Kufah
4. Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh
5. Rome dan Armenia
6. Negeri Ya’juj dan Ma’juj
7. China dan Turkistan.

Kemudian Allah menghiasi 7 negara itu dengan 7 hari iaitu ;
Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat .

Seterusnya , Allah memuliakan dengan ketujuh-tujuh hari itu dari para Nabi .
Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu ,
Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad , Dawud a.s dengan hari isnin ,
Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa , Nabi Ya’qub a.s dengan hari Khamis dan
Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat .


Muka bumi ini Allah bahagikan kepada 7 bahagian besar
tersebut di atas dan pada setiap bahagian wujud pula
jenis-jenis manusia yang berlainan bangsa dan agamanya .

Begitulah unik dan istimewanya kewujudan alam dan seluruh
isinya hasil ciptaan Allah yang Esa lagi Maha Pencipta .

Kita sebagai hambaNya harus mengakui dan meyakini dengan sesungguhnya .
Begitu hebat ciptaan Allah sehinggakan sesetengahnya tidak
terjangkau akal kita untuk mentafsirkannya .

Allah menjadikan semua ini untuk kita 
perhatikan , hayati dan nikmati segala kurniaan-Nya .
Oleh yang demikian , siapa kita untuk tidak mengEsakan Kebesaran Allah ?

Kita sebagai hamba , maka hanya Allah yang layak kita
sembah sebagai tanda ketaatan kita pada-Nya .





#Allahu'alam ~