.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,
~ Sekadar Perkongsian ~

Rahsia disebalik angka 7


:: LANGIT

Dalam penciptaan langit , kehadiran angka 7 cukup istimewa kerana ketika alam ini
diciptakan .. Allah yang Maha Berkuasa telah menjadikan
langit berjumlah 7 lapis serta 7 lapis bumi .
Firman Allah yang menerangkan tentang penciptaan langit dan bumi ini ;

“.. Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian juga bumi .
Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawa
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dengan ilmu-Nya ..”
(Surah Al-Thalaq : ayat 12)

Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit , Firman-Nya yang bermaksud ;
"Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.."
(Surah An-Nabaa’ : ayat 12)

Kemudian Allah menghiasi pula langit dengan tujuh bintang .
Firman Allah yang bermaksud ; “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
gugusan bintang-bintang di langit , dan Kami telah menghiasinya
(langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya ..”


:: BUMI

Begitu Allah mencipta bumi 7 lapisan di mana Hadith ada
meriwayatkan bahawa lapisan-lapisan bumi ini ada penghuninya sendiri iaitu ;

- Lapis ke-7 dihuni Malaikat
- Lapis ke-6 dihuni iblis dan Pembantunya
- Lapis ke-5 dihuni para syaitan
- Lapis ke-4 dihuni ular-ular
- Lapis ke-3 dihuni kalajengking
- Lapis ke-2 dihuni jin-jin
- Lapis pertama dihuni manusia

Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan 7 lautan ,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ; “Dan laut, ditambahkan
kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..”
(Surah Luqman : ayat 27)


:: SYURGA dan NERAKA

Allah menjadikan syurga dan neraka sebanyak 7 lapisan .
Setiap lapisannya untuk seluruh umat manusia menurut amal
ibadah yang telah dilakukan kepada Allah SWT di mana semakin
baik amalannya , maka semakin baik kedudukannya begitu juga sebaliknya .

Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkat iaitu :
neraka Jahannam , Sa’iir , Saqar , Jahiim , Hutamah,  Ladhaa dan Hawiyah .

Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 pintu , sebagaimana
firman-Nya yang bermaksud ; "ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu , di mana
tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka ..”
(Surah Al-Hijr : ayat 44)


:: AL-QURAN

Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang iaitu ;
Al-Baqarah,  Ali Imran, Al-Maidah, An-Nisaa’, Al-An’aam, Al-Anfa’al dan At-Taubah .

Seterusnya , dicantikkan lagi dengan 7 ayat pembuka kitab iaitu Surah Al-Fatihah .

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud ; "Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung.."
(Surah Al-Hijr : ayat 87)


:: JASAD

Allah menghiasi manusia dengan 7 angggota badan iaitu ;
dua tangan , dua kaki , dua lutut dan satu wajah .

Kemudian Allah SWT lengkapi dengan 7 anggota untuk ibadat solat iaitu ;
dua tangan dengan doa , dua kaki dengan berkhidmat , dua lutut dengan duduk
dan muka untuk sujud . Firman Allah yang bermaksud ; "Dan sujudlah dan
dekatkanlah (dirimu kepada Allah).."
(Surah Al-’Alaq : ayat 19)

Sesungguhnya tidaklah sia-sia penciptaan manusia ini yang
dilengkapkan dengan 7 anggota utama iaitu untuk tujuan beribadah
kepada Allah dengan susunan yang begitu unik dan cukup sempurna untuk kita .

Subhanallah !


:: UMUR

Allah menghiasi umur manusia dengan 7 peringkat . 
Pada masa lahir disebut ‘radli’ , kemudian ‘farhim’ ,
kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’.

Seterusnya , dilengkapkan 7 peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu ;
ucapan “Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullaah”

Firman Allah yang bermaksud ; “Dan Allah mewajibkan kepada
mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak
dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya ..”
(Surah Al-Fath : ayat 26)

Allah SWT telah menghiasi umur manusia 7 peringkat :

1- Masa setitik darah
2- Ketika dalam kandungan
3- Menjadi bayi
4- Ketika kanak-kanak
5- Remaja
6- Dewasa
7- Tua


:: TANAH BESAR

Allah menghiasi dunia dengan 7 negeri yang besar iaitu ;

1. Hindustan
2. Hijaz
3. Bashrah, Badiyah dan Kufah
4. Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh
5. Rome dan Armenia
6. Negeri Ya’juj dan Ma’juj
7. China dan Turkistan.

Kemudian Allah menghiasi 7 negara itu dengan 7 hari iaitu ;
Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat .

Seterusnya , Allah memuliakan dengan ketujuh-tujuh hari itu dari para Nabi .
Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu ,
Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad , Dawud a.s dengan hari isnin ,
Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa , Nabi Ya’qub a.s dengan hari Khamis dan
Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat .


Muka bumi ini Allah bahagikan kepada 7 bahagian besar
tersebut di atas dan pada setiap bahagian wujud pula
jenis-jenis manusia yang berlainan bangsa dan agamanya .

Begitulah unik dan istimewanya kewujudan alam dan seluruh
isinya hasil ciptaan Allah yang Esa lagi Maha Pencipta .

Kita sebagai hambaNya harus mengakui dan meyakini dengan sesungguhnya .
Begitu hebat ciptaan Allah sehinggakan sesetengahnya tidak
terjangkau akal kita untuk mentafsirkannya .

Allah menjadikan semua ini untuk kita 
perhatikan , hayati dan nikmati segala kurniaan-Nya .
Oleh yang demikian , siapa kita untuk tidak mengEsakan Kebesaran Allah ?

Kita sebagai hamba , maka hanya Allah yang layak kita
sembah sebagai tanda ketaatan kita pada-Nya .





#Allahu'alam ~

0 comments:

Catat Ulasan