.. rakan dakwah ツ ..

.. Dear Sahabat ,


Mengapa saya suka warna hijau ? 

Kerana WARNA HIJAU ADALAH WARNA SYURGA .

Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau
pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah . 

Kedua syurga itu (kelihatan) HIJAU tua warnanya.
(QS. Ar-Rahmann : 64)

Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
(QS. Ar-Rahmann : 76)

Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka surga ‘Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam surga itu mereka dihiasi dengan gelang mas dan mereka memakai pakaian HIJAU dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah.
(QS. Al-kahfi : 31.)

Mereka memakai pakaian sutera halus yang HIJAU dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.
(QS. Al-Insaan : 21)

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau ..
Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau ..

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga ,
warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan
indah pula sehingga menghiasi Syurga .

Justeru itu , mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati
manusia agar beriman dan menyukai apa yang
disukai oleh Allah dan Rasul-Nya ,
memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah
dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai
pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak .
Allahu'alam ~



#HIJAU : sejuk mata memandang ~ :)

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Mohon share ya saudari.Trima ksih..

Catat Ulasan